mteam v2

M-Team: Management Team

M-Team adalah singkatan kepada Management Team atau kumpulan pengurusan bagi Sahabat Al-Quran. M-Team terdiri daripada barisan mahasiswa/i yang khusus bekerja dalam kumpulan pengurusan(tidak terlibat sebagai Q-Aide)  juga ahli SAQ yang berkhidmat dalam G-Team (bertindak selaku Q-Aide).

G-Team: Guidance Team

G-Team adalah kependekan kepada Guidance Team atau kumpulan Q-Aide yang bertugas sebagai pembimbing dalam setiap Circle of Wisdom (C-Wise). Ahli-ahli yang dikenali sebagai Q-Aide tadi bertanggungjawab mempelajari al-Quran bersama tenaga pengajar berpengalaman dan berkongsi pengetahuan dengan ahli-ahli C-Wise-nya. Sesi C-Wise kali ini juga akan membawa elemen baru. Di samping menjadi platform untuk memperbaiki bacaan al-Quran, ia juga menjadi taman untuk para pelajar mendalami ilmu berkaitan agama Islam. Diharapkan mahasiswa/i yang terlibat akan lahir menjadi graduan yang cemerlang dari setiap aspek.

E-Team: Executive Team

E-Team adalah kumpulan pelaksana atau Executive Team yang akan dibentuk sebelum satu-satu program SAQ dijalankan. Presiden SAQ akan melantik salah seorang daripada warga M-Team untuk mengetuai E-Team (sebagai Pengarah program). Pengarah program bertanggungjawab untuk melaksanakan program dengan mengatur satu organisasi pelaksana atau E-Team. Ahli jawatankuasa pelaksana boleh terdiri daripada kalangan Q-Aide, lain-lain ahli M-Team dan siswa/i yang berminat untuk terlibat sebagai pengelola program. E-Team dengan ini menjadi gelanggang untuk setiap siswa/i yang terlibat menimba ilmu dan skil-skil berkenaan pengendalian sesebuah program. Pembelajaran dalam bentuk amali atau praktikal lazimnya akan meninggalkan kesan besar yang insya-Allah boleh dimanfaatkan di masa-masa mendatang, dalam kehidupan siswa/i sebagai sebahagian daripada masyarakat umum. Sijil akan diberi kepada yang menganggotai E-Team untuk mana-mana program SAQ.