You are currently browsing the category archive for the ‘Laporan Aktiviti’ category.

On 7th and 8th October 2011, Sahabat Al-Qur’an (SAQ) were organizing a program “Ini Sejarah Kita”.This event was held at Kuang Resort,Selangor.

The objectives of these programs are:
1. To increase awareness of self ma’rifat..
2. Develop the potential and the characters within..
3. Train Naqibah to be excellent while carrying the Al-Qur’an during the halaqah..
4. Increase the knowledge and student engagement in learning specific seerah Muslims start from the missionary of the Prophet Muhammad..
5. Expose to the students of the origins of tauhid that has been inherited since childhood..
6. Increase the commitment of nuqaba SAQ to continue in office naqibah with a strong desire and strength sufficient,,

Our program started with a open slot discussion.The title of this slot is “Siapa Kita?” In these slot we started with ta’ruf session and 2 simple games.And also we had explores evidence Qur’an in Surah Al-A’raf and discussions about it.

On the next day,we had Qiamulail and a congregational Subuh prayer..After that we had our breakfast and we went for a swim!The second slot was handled by Dr.Hanim bt Salleh.She emphasize the importance of faith as a tool to understand the religious and historical.At the end of the slot,we had discussion regarding the talk.

After we had our lunch and zohor prayer,we continue with the third slot which was conducted by Mr. Muhammad Reza on the fluctuation of Islam in the sequence of events in the history.Stories like Saraqah bin Naufal, Qiddisiyyah Hijra and the war was shared by the participants to open their eyes about the rise and fall of Muslims.Slot ends with a long video and injected consciousness. Before an end slot, participants were given verbal feedback on what they got from the program.

After Asar,we start move back to Uniten,,We were so happy and hopefully these program will be held again soon..And we can conclude that the objectives of this Jaulah can be achieved..

Advertisements

Assalamualaikum,

Alhamdulillah dan syukur kepadaNya apabila dengan jayanya Sahabat Al-Quran telah berjaya mengadakan Ceramah Perdana yang merupakan salah satu taqwim tahunan SAQ pada semester kali.Ceramah yang telah disampaikan oleh penceramah terkenal tanah air iaitu Ustaz Hasrizal atau lebih dikenali dengan Ustaz SaifulIslam  sempena mengambil nama websitenya iaitu SaifulIslam.com.Dengan kehadiran yang dianggarkan melebihi 300 orang,ceramah beliau yang bertajuk Kubur Masing-Masing berjaya menarik perhatian para pendengar dengan gaya penyembahan dan isi kandungannya yang lebih dekat kepada pendengar lebih-lebih lagi pelajar yang hadir kerana beliau lebih gemar menghubungkaitkan isi kandungan ceramahnya dengan kisah kehidupan seharian kita.Pada akhir ceramahnya,beliau menjelaskan bahawa MEMBERI LEBIH BAIK DARI MENERIMA.Jazakallah ustaz kerana sudi hadir ke UNITEN untuk menyampaikan ceramah perdana yang begitu tinggi nilainya buat kami.Berikut adalah beberapa gambar kenangan yang berjaya diambil sepanjang program berlangsung:

Saya sudah mengimpikan sebuah lakonan atas jalan cerita dan skrip sendiri sejak dari zaman sekolah rendah dahulu. Namun tidak pernah tercapai kerana keterbatasan kapasiti dan kemampuan diri. Alhamdulillah, lebih 10 tahun selepas itu Allah menemukan saya dengan 2 orang pelajar yang mempunyai bakat dan kesungguhan dalam bidang ini, bidang videografi. Duo yang sebelum menuntut di sekolah menengah teknik. Mereka merupakan ahli baru dalam Unit Media Sahabat Al-Quran(SAQ) di Uniten. Bersama-sama dengan 6 ahli lain dan sokongan padu daripada beberapa pihak, mereka bergabung tenaga dan idea menjaya satu usaha yang saya kira amat bermakna; melakonkan sebuah filem pendek dan menyertai pertandingan Ilham Kreatif peringkat universiti baru-baru ini. Semasa menyaksikan pra-tonton filem pendek ini, saya begitu teruja melihatkan hasilnya. Kesan sinematografi yang baik dan bagi saya yang dhaif ini sangat mengkagumkan. Saya mahu sangat berkongsi dengan anda hasil seni kumpulan ini. Saksikanlah.

Bahagian Satu

Bahagian Dua

Berikut adalah beberapa peristiwa yang sempat kami rakam pada sebahagian kerja-kerja rakaman. Read the rest of this entry »

DSC01854s

Pada 31 Julai 2009, Internal Program Unit (IP-Unit) telah menganjurkan perlawanan persahabatan bowling antara ahli SAQ. Aktiviti ini telah diadakan di Mines Bowl, The Mines, Sri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.

15 orang muslimin dan 7 orang muslimat telah menyertai aktiviti kelolaan IP-Unit ini. Aktiviti ini tidak lain bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara ahli SAQ.

Bersukan tidak salah di sisi Islam selama ia mengikut aturan dan batasan yang ditetapkan syara’. Para peserta bermain pada lane yang berasingan dan  mereka berpeluang bermain dalam 2 frame.

DSC01852s

Tahniah diucapkan kepada IP-Unit yang berjaya menganjurkan aktiviti ini. Mudah-mudahan ianya dikira sebagai sebahagian usaha untuk melahirkan peribadi muslim yang baik.

gathering

Sebahagian daripada ahli baru SAQ yang menyertai Perhimpunan Satu SAQ

Pada 24 Julai yang lalu, satu perjumpaan khas telah diadakan di Bilik Kuliah Talhah, Masjid Uniten. Perjumpaan ini bertujuaan untuk meraikan ahli-ahli baru dalam keluarga SAQ.

Read the rest of this entry »

tulis2

Bazaar Kelab & Persatuan adalah acara yang diadakan pada setiap semester bagi membolehkan para siswazah Uniten memilih, mendaftar dan bergiat di dalam kelab dan persatuan yang mereka minati. Read the rest of this entry »

stickers

Sahabat Al-Quran Universiti Tenaga Nasional (SAQ) di bawah kendalian Pusat Pengajian Islam dan Peradaban Universiti Tenaga Nasional (PPIP) telah menganjurkan satu program yang bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim sesama ahli SAQ dan juga PPIP. Program ini dikenali sebagai Jawlah Sahabat Edisi 1 1429H. Program ini melibat 16 orang ahli yang terdiri daripada 4 orang wakil daripada PPIP, 2 orang wakil daripada Sahabat Al-Farabi dan 10 orang ahli SAQ. Program ini berlangsung pada 7 hingga 10 November 2008 yang lepas iaitu selepas berlangsungnya peperiksaan akhir semester 1 sesi 2008/2009. Antara objektif utama program ini ialah membina dan menguatkan ukhuwwah Islamiyyah di kalangan peserta program. Di dalam program ini, kami mengharapkan agar para peserta dapat mengenali dan memahami antara satu sama lain dengan lebih akrab agar objektif penubuhan Sahabat dapat dicapai. Read the rest of this entry »

Tarikh:         6-7 September 2008
Tempat:    NUR SUNGAI MERAB

Training Camp

(Perkampungan Latihan)
Lot 4112, Sungai Merab Hulu
43000, Kajang Selangor

Dengan Nama Allah; Yang Maha Pemurah, Yang Maha Penyayang.

Alhamdulilah, pada 6 hingga 7 Ramadhan 1429H, Sahabat Al-Quran (SAQ), dengan kerjasama Persatuan Belia Islam Nasional, PEMBINA (1326-07-SEL) telah berjaya menganjurkan satu seminar dengan penyertaan 32 orang peserta; ahli SAQ. Seminar ini merupakan yang pertama seumpamanya. Seperti yang tersurat pada nama program, seminar ini diadakan bertujuan untuk memugar kembali sejarah gemilang Islam yang tenggelam oleh peredaran zaman dan helah musuh-musuh Islam, memberi kesedaran kepada ahli-ahli SAQ tentang peri penting peranan mereka dalam mengembalikan umat Islam kepada Tuhan mereka, serta mengeratkan silaturrahim antara peserta. Untuk mencapai objektif ini, beberapa aktiviti telah dirangka. Read the rest of this entry »

Selamatkan Gaza

Sahabat Al-Quran

Sahabat Al-Quran ditubuhkan dengan visi untuk melahirkan profesional Muslim yang beriman, beramal dan bertaqwa untuk mendapat keampunan dan keredhaan Allah s.w.t. serta menjadi platform khususnya dalam mendalami Islam melalui Al-Quran serta memartabatkan warga UNITEN dengan penghayatan Al-Quran.
November 2017
M T W T F S S
« Nov    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Blog Stats

  • 10,808 hits