C-Wise: Circle of Wisdom

dsc07631

C-Wise merupakan sistem pembelajaran berkelompok berasaskan konsep peer to peer guide. Siswa dan siswi yang mengambil subjek di bawah penyeliaan Pusat Pengajian Islam dan Peradaban Uniten (PPIP) perlu mengikuti sesi ini sebagai sebahagian daripada kurikulum subjek tersebut. C-Wise adalah singkatan kepada Circle of Wisdom. Perkataan Wise diambil daripada perkataan wiseness yang merupakan sinonim kepada wisdom(hikmah/kebijaksanaan). Setiap kelompok pelajar akan diketuai seorang oleh Q-Aide yang bernaung dibawah SAQ G-Team (Guidance-Team). Q-Aide siswa bergelar Brother dan Sister bagi siswi. Sepanjang sistem C-Wise berlangsung, para pelajar insya-Allah akan berpeluang untuk mengemaskini dan menambahbaik:

1) mutu dan gaya bacaan al-Quran,
2) pemahaman terhadap tasawur(gambaran) Islam,
3) skil sosial dan komunikasi
4) hubungan dengan rakan-rakan universiti