Sesudah manusia niat mengerjakan sesuatu dan mempunyai rasa optimis (Husnul Zhon) terhadap Allah, maka manusia dituntut untuk berdoa memohon diterima segala apa yang ia kerjakan kerana Allah Maha Kuasa sedangkan manusia makhluk yang sangat lemah yang selalu bergantung kepada-Nya.

Sebagai makhluk Allah yang lemah, manusia sangatlah sombong jika tidak mahu berdoa, Allah sangatlah murka terhadap orang-orang yang sombong.

Allah telah berfirman: “Berdoalah kepadaku pasti Aku perkenankan”.

Dan orang-orang yang sombong (tidak mahu berdoa) kelak mereka akan masuk kedalam Neraka Jahanam secara hina” (Al-mukmin:60)

“Dan apabila hamba-hambaku menanyakan kepadamu tentang Aku, sesungguhnya Aku dekat . Aku memperkenankan permohonan ( Doa ) seseorang bila ia memohon kepada-Ku. Kerana itu hendaklah ia mentaati segala perintahku dan beriman kepada-Ku semoga ia selalu dalam kebenaran”. (Al-baqarah:186)

Doa yang dikabulkan oleh Allah adalah doa yang dilakukan dengan Ikhlas, Khusyuk penuh Tawadhuk (rendah hati), yakin akan diterima dan dilakukannya sesuai dengan adab-adab doa yang baik.

“Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendahkan diri dan suara lembut (khusyuk). Sesungguhnya Allah tidak menyenangi orang-orang yang berlebihan“. ( Al-a’rof:55 ).

“Padahal mereka tidak diperintahkan sesuatu melainkan untuk beribadah kepada Allah dengan Ikhlas (tulus) dan Tekun”. (Al-bayyinah:5).

Menurut Ahli tafsir : Berdasarkan ayat diatas semua permohonan (doa) hamba Allah pasti diterima, Cuma cara Allah menerima doa hambanya berbeza-beza.

Ada tiga cara Allah menerima doa hambanya:

1. Dikabulkan Secara Langsung.

Doa yang diterima secara langsung adalah doa seorang hamba Allah yang sangat dekat kepada Allah SWT, dilakukan dengan baik dan Allah menganggap permintaannya harus segera diterima. Doa para Wali Allah dan doa orang yang sedang dianiaya sedangkan ia dalam keadaan lemah dan terdesak biasanya Allah menerima doa mereka secara langsung. “Ketahuilah sesungguhnya Wali-wali Allah itu tidak merasa takut dan tidak pula merasa duka cita terhadap Tuhannya ( Allah ).Mereka adalah orang-orang yang beriman dan bertaqwa. Untuk mereka berita gembira dalam kehidupan di dunia dan akhirat, tidak ada perubahan sedikitpun dalam janji-janji Allah ( terhadapnya ). Itulah keberuntungan yang sangat besar”. ( Yunus:61-64 ).

Sabda Nabi SAW: ” Doanya orang yang teraniaya (lemah dan terdesak) tidak ada Hijab / dinding antaranya dan Allah SWT”.

2. Dikabulkan dengan Cara Berproses.

Allah mempunyai rahsia yang tersembunyi yang tidak dapat diketahui hakikatnya oleh manusia kecuali atas kehendak-Nya, manusia hanya diperintahkan untuk berdoa memohon sesuatu yang baik . Allah SWT yang menentukan menurut kehendaknya Yang Maha Kuasa. Kata seorang Ahli tauhid: ” Manusia hidup mempunyai harapan dan doa sedangkan Allah mempunyai Iradat ( Kehendak )” .

Secara Biologi manusia diciptakan Allah SWT mempunyai sifat tergesa-gesa dan segala sesuatunya ingin secara ringkas dan cepat, padahal segala sesuatu harus melalui proses , kesabaran dan ketekunan ( mujahadah ) yang tinggi untuk mendapatkan hasil yang baik dan sempurna.

“Dan manusia itu diciptakan oleh Allah bersifat lemah ”. (An-nisa:28) “Sesungguhnya manusia diciptakan dengan sifat gelisah dan kedekut. Manakala ia ditimpa kesusahan ia berkeluh kesah. Dan manakala mendapat keuntungan ia menjadi kedekut. Tidak demikian dengan orang-orang yang mendirikan sholat”. ( Al-maarij:19-22 ).

Apabila manusia memohon sesuatu, contohnya: “Ya Allah sembuhkan penyakit kami atau Ya Allah berilah kami rezeki yang melimpah” tanpa diiringi dengan ketekunan dan usaha serta tidak bertaqwa kepadaNya maka Allah akan menolak doa tersebut sehingga orang tersebut sungguh-sungguh berusaha dan bertaqwa.sebab Allah Maha Mengetahui , jika orang tersebut doanya segera diterima kemungkinan ia akan lupa kepadaNya dan melakukan kejahatan.

3. Doa disimpan sebagai Amal Shaleh di Luh Mahfuz.

Doa disamping bersifat memohon sesuatu juga mempunyai Dimensi ibadah kerana doa sesungguhnya adalah ibadah yang mendapat pahala apabila dikerjakan dan pahala itu akan kita ambil nanti di akhirat. Sabda Nabi : “Doa itu adalah ibadah”. “Doa adalah otaknya ibadah”. Kata seorang pujangga: “Dunia ini tempat bercucuk tanam dan akhirat tempat memungut hasilnya”….. berdoalah kepada Allah dalam semua keadaan, Allah lebih suka kita berdoa ketika kita dalam kesenangan kerana ia lebih Ikhlas jika dibanding dengan doa dalam keadaan kesempitan.

Diriwayatkan daripada Umar bin al-Khattab r.a bahawa beliau telah berkata kepada Rasulullah s.a.w: “Wahai Rasulullah! Engkau lebih aku cintai daripada segala sesuatu melainkan nyawa yang ada di dalam diriku.” Lalu Rasulullah s.a.w berkata:” Tidak sempurna iman seseorang sehinggalah aku lebih dicintai daripada dirinya sendiri.” Umar pun berkata:” Demi Tuhan yang telah menurunkan al-Kitab kepada engkau, sesungguhnya engkau lebih aku kasihi daripada diri aku.” Baginda berkata kepada Umar:”Sekarang iman engkau telah sempurna wahai Umar!”

Huraian

1. Rasulullah s.a.w adalah orang yang paling berhak dicintai daripada sekelian makhluk di dunia ini.
2. Mencintai baginda tidak mencukupi hanya dengan menyatakan dengan lisan tetapi hendaklah dibuktikan dengan perbuatan dan amal seperti mempraktikkan sunnahnya dan melaksanakan segala ajarannya.
3. Orang yang sentiasa menjaga akhlaknya dan mencontohi peribadi Rasulullah s.a.w di hari akhirat kelak akan mendapat ganjaran syafaat daripada baginda.
4. Kita hendaklah berusaha untuk sentiasa menyuburkan iman di jiwa dan mempastikan bahawa setiap perbuatan yang dilakukan tidak bercanggah dengan syariat yang dibawa oleh baginda.

Assalamualaikum kepada semua sahabat dan sahabiah,

Alhamdulillah pada malam semalam bertempat di Masjid UNITEN berlangsung 1ST Gathering Team Management UNITEN untuk semester baru ini.Dipengerusikan oleh saudara Muhammad Nazmie bin Abdul Razak selaku Presiden Sahabat Al-Quran, gathering tersebut adalah bertujuan untuk memperjelaskan kepada ahli Management Team SAQ tentang taqwim serta beberapa pertukaran dalam portfolia High Committee SAQ.

Untuk pengetahuan sahabat sekalian,blog rasmi SAQ iaitu Laman Hikmah kini diselenggara secara rasminya oleh Media Team SAQ yang diketuai oleh saya sendiri iaitu Mohamad Khairil Faiz bin Sapari.InsyaAllah,dengan kelapangan masa saya akan cuba mengimarahkan blog ini dengan informasi terkini berkenaan dengan aktiviti SAQ,Masjid,UNITEN serta artikel-artikel menarik dari pelbagai sumber yang boleh kita kongsi bersama.Teguran dan pandangan dari antum sekalian amat saya hargai.Jazakallah…

Disediakan oleh,
Mohamad Khairil Faiz bin Sapari,
Ketua Media Team Sahabat Al-Quran

Saya sudah mengimpikan sebuah lakonan atas jalan cerita dan skrip sendiri sejak dari zaman sekolah rendah dahulu. Namun tidak pernah tercapai kerana keterbatasan kapasiti dan kemampuan diri. Alhamdulillah, lebih 10 tahun selepas itu Allah menemukan saya dengan 2 orang pelajar yang mempunyai bakat dan kesungguhan dalam bidang ini, bidang videografi. Duo yang sebelum menuntut di sekolah menengah teknik. Mereka merupakan ahli baru dalam Unit Media Sahabat Al-Quran(SAQ) di Uniten. Bersama-sama dengan 6 ahli lain dan sokongan padu daripada beberapa pihak, mereka bergabung tenaga dan idea menjaya satu usaha yang saya kira amat bermakna; melakonkan sebuah filem pendek dan menyertai pertandingan Ilham Kreatif peringkat universiti baru-baru ini. Semasa menyaksikan pra-tonton filem pendek ini, saya begitu teruja melihatkan hasilnya. Kesan sinematografi yang baik dan bagi saya yang dhaif ini sangat mengkagumkan. Saya mahu sangat berkongsi dengan anda hasil seni kumpulan ini. Saksikanlah.

Bahagian Satu

Bahagian Dua

Berikut adalah beberapa peristiwa yang sempat kami rakam pada sebahagian kerja-kerja rakaman. Read the rest of this entry »

solat hajats

Raya U10s

poster short film

Ketika ini Media & Data Unit SAQ (MD-Unit) sedang mengusahakan sebuah filem pendek bagi memasuki pertandingan anjuran Komuniti Kelompok Amanah Uniten. Bersama kita mendoakan kejayaan dan agar Allah mempermudahkan usaha murni mereka ini.

Selamatkan Gaza

Sahabat Al-Quran

Sahabat Al-Quran ditubuhkan dengan visi untuk melahirkan profesional Muslim yang beriman, beramal dan bertaqwa untuk mendapat keampunan dan keredhaan Allah s.w.t. serta menjadi platform khususnya dalam mendalami Islam melalui Al-Quran serta memartabatkan warga UNITEN dengan penghayatan Al-Quran.

 

December 2009
M T W T F S S
« Oct    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Blog Stats

  • 2,307 hits